Kepada pengunjung-pengunjung blog yang budiman, pihak sekolah ingin merakamkan ucapan selamat datang dan terimakasih di atas kesudian saudara-saudara dan saudari-saudari yang telah sudi meluangkan masa berkunjung ke laman blog rasmi sekolah ini......We would like to take a moment to welcome all the visitors to our school's official blog. Thanks for spending your precious time with us.

SEARCH

Google
 

Tuesday 3 February 2009

pantun tribute to school

SEKOLAH KEBANGSAAN GUAL JEDOK NAMA DIBERI,
INDAH TERSERGAM CANTIK SEKALI;
WARGA GUAL JEDOK WARGA BERBUDI,
ILTHIZAM TINGGI AMALAN MURNI.

Pantun-Pantun Pilihan yang pernah tersohor suatu ketika dulu:-

YANG KURIK ITU KUNDI,
YANG MERAH ITU SAGA;
YANG INDAH ITU BUDI,
YANG CANTIK ITU BAHASA.

Pergi memburu ke Padang datar,
Dapat Rusa patah Kaki;
Berguru Kepalang ajar,
bagai bunga kembang menjadi.

Pulau Pandan Jauh ke tengah,
Gunung daik bercabang tiga;
Hancur badan di kandung tanah,
Budi baik dikenang jua.

satu, dua kucing berlari,
mana nak sama si kucing belang;
satu dua boleh kucari,
mana nak sama dengan tuan seorang.

Nasi Lemak buah bidara,
sayang selasih hamba lurutkan;
tinggal emak tinggal saudara,
kerana kasih hamba turutkan.

Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti;
hutang emas boleh dibayar,
hutang nyawa dibawa mati.

No comments:

Post a Comment